Mar'atus Solehah

Wednesday 26 December 2012

KEMAHIRAN KOMUNIKASI


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Bab ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar berkomunikasi secara lisan,
bukan lisan serta penulisan dalam konteks berlainan dan dengan peserta komunikasi berlainan.  

Pada akhir bab, pelajar akan:

  • Mengenal pasti ciri-ciri komunikasi dan kemahiran berkomunikasi
  • Memahami kepentingan penggunaan bahasa tubuh dalam komunikasi
  • Menunjukkan kemahiran komunikasi secara professional dalam lisan dan penulisan.

APA ITU KOMUNIKASI?

Guffey dan Almonte (2010) yang mengatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima).   


 
MODEL-MODEL KOMUNIKASI
Model komunikasi dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu.

Tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu:

Model Komunikasi Linear:
  • Proses komunikasi adalah satu hala iaitu pengirim akan menghantar mesej kepada penerima.
  • Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa memberi maklum balas. Bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima

Model Komunikasi Interaksional:
  • Proses komunikasi dua hala antara peserta komunikasi.
  • Pengirim dan penerima kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima.
  • Elemen penting bagi model ini ialah maklum balas.
  • Mereka saling bertindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-dua sekali.
  • Mereka juga akan mengambil giliran menghantar mesej. Pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi.


Model Komunikasi Transaksional: 
  • Komunikasi ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi.
  • Semasa komunikasi,kedua-dua boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-dua secara serentak. 
  • Medan pengalaman sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain.
 
KEPENTINGAN KOMUNIKASI

 
KOMPONEN KOMUNIKASI
Rod Windle dan Suzanne Warren (2001), membahagikan komunikasi kepada tiga komponen iaitu:
  • Pesanan verbal ( kata yang kita pilih ) Pesanan yang   disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar.

  • Pesanan paraverbal ( bagaimana kita menyebut perkataan itu ): Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut. Pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza.

  • Pesanan bukan verbal ( bahasa tubuh yang digunakan ):  Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul dan sesuai serta gaya tubuh dan gerak geri yang sesuai.
Ketiga-tiga komponen ini digunakan untuk menghantar pesanan yang jelas dan padat serta menerima pesanan yang baik dan memahaminya.

Pengirim / penyampai maklumat (sender) adalah pihak yang menyampaikan maklumat dan idea kepada orang lain.
Penerima maklumat (receiver) adalah pihak yang menerimamaklumat dan idea dari pihak lain.  
Maklumat atau idea (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak kepada pihak lain.
Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan maklumat yang disampaikannya. 

Mansur (1998): ada tiga bentuk komunikasi:

Komunikasi bertulis: Dalam bentuk dokumen, cetakan komputer, emel, memo, nota ringkas, laporan dsbj.
Komunikasi lisan: Kelaziman berkomunikasi manusia dgn menggunakan bahasa. Cth: perbincangan, perdebatan, forum, pidato, syarahan, kuliah pembentangan kertaskerja. 
Komunikasi bukan liasan: Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan berlaku dalam proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan.Contoh: Ekspresi muka, jarak, ruang, postur badan, pergerakkan dsb.



 Bentuk2 Komunikasi
 PENGGUNAAN  LARAS BAHASA
 HALANGAN2 DALAM KOMUNIKASI
Persekitaran
Sikap pendengar
Sikap penerima
Bahasa
Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
Halangan organisasi
ASPEK KEBERKESANAN KOMUNIKASI
Kesimpulan
Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.

 
 SEKIAN....

No comments:

Post a Comment